buah tin yang banyak khasiat
tetiba plak teringatkan buah tin bila buka internet ni... huhu waktu pertama kali tahu tentang buah tin ni daripada kawan saya. waktu tu kat UMS ada hari konvokesyen so banyaklah makanan di jual kat gerai2. fisrt time makan memang x la minat sangat tapi bila dah tiap-tiap hari kawan saya tadah makan buah tin tu, so suka plak kat buah tin 2.... haha
buah tin ni bukan je sedap dan enak tuk kita makan tapi buah tin ni ada kgasiat yang baik untuk diri kita, so saya nak kongsi la sikit tentang khasiat buah tin yang termasuk dalam buah mewah yang bukan saja disebabkan oleh harganya tapi juga kebaikan dalam buah tin tersebut...
Berdasarkan kajian California Fig Information, buah tin kering mengandungi serat (fiber) yg sangat tinggi. Setiap 100 gm buah tin kering terkandung 12.20 gm serat sedangkan epal hanya 2.0 gm. Pakar kesihatan menggalakkan kita makan buah tin tuk bantu membersihkan racun dalam tubuh, mencegah kanser usus , penyakit berkaitan dengan perut, mengatasi penyakit buasir, sakit-sakit atau bengkak-bengkak badan, batuk yang berpanjangan, melawas air kencing, menyah toksik, melicinkan tekak atau dada, mencuci hati atau jantung dan membersihkan lendir pada usus.
selain itu, kajian Universiti Rutgers di New Jersey mendapati buah tin mengandungi antioksidan yg ble menghalang karsinogen yg menjadi punca kanser. Buah tin juga terdapat vitamin A & C, kalsium & zat besi yg berguna tuk memelihara kesihatan organ tubuh badan manusia.
close up buah tin


No comments:
Post a Comment